Bekas ahli kumpulan V.I.P,Fadlan Hazim,21 mengakui dirinya dijadikan sebagai tempelan bagi "melariskan"kumpulan tersebut disebabkan raut wajahnya yang dikatakan comel dan "jambu"
Kata Fadlan,walaupun pihak KRU menjadikan wajahnya sebagai sandaran untuk menambahkan sokongan peminat terhadap kumpulan berkenaan,ia bukanlah ruang untuk dia bermegah-megah dengan kelebihan tersebut
"Saya mengaku salah satu sebab saya dimasukkan kedalam kumpulan ini ialah kerana wajah saya digilai golongan ramaja.Saya merasakan ia adalah satu kelebihan yang ada pada diri saya dan saya amat bersyukur mengenainya."katanya kepada mstar online disini
Ditanya bagaimana bakat nyanyiannya dalam kumpulan tersebut,Fadlan mengakui vokalnya tidaklah begitu hebat berbanding anggota V.I.P yang lain namun dia akan cuba untuk membaiki vokalnya.
No comments:
Post a Comment